Our Lil Darlins

Sunday, November 14, 2004

Eid Mubarak@Selamat Hari Raya...

Selamat Hari Raya...Minal Aidil Wal Faizin...Syawal menjelma...Umat Islam ada yang menyambut ketibaan Syawal dgn penuh keriangan, kesyahduan dan kesayuan...Alhamdullillah aku dan suamiku dapat menyambut ketibaan Syawal dgn penuh kesyahduan dan kesyukuran...Namun di balik kesyahduan Syawal kerana menyambut Syawal pertama kali sebagai suami isteri...Suamiku tidak dapat pergi bersembahyang hari raya seperti umat Islam yang lain...Maklumlah...Kaki suamiku masih belum baik dari akibat kemalangan jalan raya yang menimpa kami berdua di saat umat Islam membuat persiapan terakhir sebelum meraikan kedatangan Syawal...Sepanjang hari kami berdua seperti yang lain menziarah sanak saudara...Sehinggakan pinggangku kesakitan akibat keadaan diriku yang kini sedang sarat mengandung...Anak yang kami nanti-nantikan kini memasuki minggu yang ke 38 minggu...Pejam celik pejam celik...Insya'allah Muhammad Nur Haziq akan dilahirkan tidak lama lagi...Papa dan Mama tidak sabar menanti kehadiran Haziq...Insya'allah di tahun hadapan Haziq akan dapat beraya bersama-sama Papa dan Mama serta Atuk, Nenek, Nyai, Yayi, pakcik, makciks, pamans dan bibik...Selamat Hari Raya Haziq!!!

To view de pics pls click on de url below:

http://photobucket.com/albums/v247/ayangz/Hari%20Raya%20Pics/