Our Lil Darlins

Monday, January 03, 2005

Selamat Tinggal 2004...Selamat Datang 2005...@ Majlis Aqiqah

Alhamdullillah...Sekrg kita sudah berada di era baru...Perginya 2004 membawa banyak kenangan indah dan pahit...Kenangan indah yg pasti tidak dpt aku lupakan ialah perkahwinanku,yg telah lama dirancangkan semenjak kami bertunang pd tanggal 20.12.2003... 06.03.2004, tarikh bersejarah yg telah menyatukan aku dgn Herman sbg suami isteri yg sah...Tanggal 29.11.2004 juga membawa erti besar pada diriku dan suamiku...Lahirnya di dunia seorang cahaya mata yg mengeratkan lagi kasih sayang kami berdua...Permata kami diberi nama Muhd Nurhaziq...Namun di dalam kegembiraan dunia dikejutkan dgn malapetaka yg teruk iaitu gempa bumi yg besar dan tsunami yg teruk menjejaskan negara-negara jiran Spura...Walaupun aku bersyukur kami tidak dilanda malapetaka tapi aku tetap merasai kesengsaraan, kesedihan dan keperitan mereka-mereka yg ditimpa malapetaka...Hampir 150,000 ribu orang yang ditemui mati sepanjang ini...Maha Suci Kebesaran Allah s.w.t...Dlm sekelip mata sahaja nyawa sebanyak itu telah diambil-NYA utk menyedarkan masyarakat bumi tentang kebesaran-NYA...Syukur dunia mengambil berat dan begitu prihatin dgn mereka-mereka yg memerlukan...01.01.2005...Alaf baru dibuka dgn diadakan kenduri cukur rambut dan tahnik utk permata cahaya kami iaitu Muhd Nurhaziq...Kini kepalanya bulat dan tajam-tajam kerana dibotakkan oleh Tok Wannya... Penat tetapi gembira kerana melihat ramai yg hadir utk meraikan hari yg begitu bermakna buat Muhd Nurhaziq...Mudah-mudahan Muhd Nurhaziq membesar menjadi anak yg beriman dan soleh...

To view de pics pls click on de url below:

http://photobucket.com/albums/v247/ayangz/Cukur%20Rambut/