Our Lil Darlins

Thursday, December 28, 2006

Cinta..

Apa itu cinta? Ada apa dengan cinta? Kalau ikut lagu rock XPDC zaman 80an, cinta tu C.I.N.T.A G.I.L.A..tapi dalam zaman ini cinta tu jadi kental pulak..

Cinta,semua orang pernah bercinta..Cinta monyet..Cinta budak2..Cinta jiwang2..Cintakan keluarga..Cintakan adik-beradik..Cintakan Allah..Cintakan Rasul..Semua orang pernah melaluinya..Dan pasti akan melaluinya..Jatuh cinta..Mencintai..dan..Dicintai.. Sungguh indah bila bercinta..

Bila bercinta antara teruna dan dara,maka terjalinlah satu ikatan yang amat bermakna di dalam kehidupan pasangan tersebut..Dengan bercinta terjalinlah ikatan suami isteri..

Bukan mudah untuk mencari pasangan hidup yang sanggup menerima segala keburukan kita..Mengharungi susah dan senang bersama..Mencintai diri ini hingga ke akhir hayat..Suami mahupun isteri bukan hakmilik kita tetapi ia merupakan satu anugerah dari Tuhan untuk kita..

Masa menjadi lebih amat bererti sekiranya dihabiskan dengan orang yang dicintai.. Dan adakalanya, orang yang kita cintai itu susah untuk dicintai..

Namun tidak semua cinta berakhir dengan kegembiraan..Adakalanya ia berakhir dengan perpisahan..Perpisahan yang tidak diminta..Yang tidak diharapkan.. Yang tidak diinginkan..

Cinta itu juga satu perngorbanan..Tanpa pengorbanan tiada ertinya cinta itu di dalam diri seseorang..Cinta itu sesuatu yang dalam pengertiannya..biarkan ia berlaku.. dan biarkan ia pergi jika perlu..

Cinta,Biar saja ada,Yang terjadi biar saja terjadi,Bagaimanapun hidup
Memang hanya cerita,Cerita tentang meninggalkan dengan ditinggalkan,Cinta…..