Our Lil Darlins

Sunday, January 07, 2007

Setahun sudah berlalu..

Masa begitu cepat meninggalkan kita.Setahun sudah berlalu.Lembaran lama sudah tertutup,lembaran baru mula membuka.Tahun 2006 meninggalkan banyak kenangan baik yang indah mahupun yang duka.Namun semua itu perlu dijadikan teladan agar hidup ini lebih dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya dan sepenuhnya...

Tahun 2006 mengenalkanku tentang erti cinta terhadap sesama insan.Cinta antara seorang ibu/bapa dan anak,datuk/nenek dan cucu,makcik/pakcik dan anak saudara dan juga cinta sepasang suami isteri.Adakalanya,diri ini tidak dapat merasa penghargaan mahupun pengorbanan seseorang semasa hayatnya ada..tetapi,bila perginya seseorang,barulah diri ini merasakan betapa kerdilnya diri selama ini..Cintaku terhadap ibuku yang telah pergi akan sentiasa berada di dalam hati ini buat selama-lamanya..Cintuku ini juga terhadap ibu,ayah,bapa dan adik-beradikku..Selagi hayatku masih ada,diri ini akan sentiasa mencintai kalian semua..Hidup ini singkat.Buat mereka yang masih mempunyai ibu dan bapa,hargailah hidup mereka sepenuhnya, sebelum diri ini diselubungi kekesalan..

Tahun 2006 juga mengenalkanku tentang erti sabar terhadap sesama insan. Biar betapa diri ini dipersendakan atau diperlecehkan oleh sesama insan,baik yang muda mahupun yang tua,diri ini tidak seharusnya terus membara..kerana api yang membara hanya akan lebih merosakkan diri ini..Kesabaran yang dimiliki ayahku tidak dapat aku tandingi kerana walaupun diperlecehkan oleh yang lebih muda namun ayah tidak melatah malah lebih bersikap kemaafan..Aku berharap dapat menjadi seperti insan yang berhati mulia itu,iaitu ayahku..

Tahun 2006 juga mengenalkanku tentang erti pertalian terhadap sesama insan.Semua manusia diciptakan Allah dengan serba-serbi kekurangan..Terpulanglah diri ini untuk menerima kekurangan itu atau mengelakkan kekurangan itu..Namun pertalian kekeluargaan tidak mengenal erti kekurangan malah ia menyatupadukan kekurangan itu untuk dijadikan kekuatan.Agar dengan kekuatan yang kita miliki sesama keluarga akan menjadi lebih utuh sepanjang hayat.

Tahun 2006 juga mengenalkanku tentang erti diri terhadap sesama insan.Diri ini ciptaan Allah.Sayangnya,adakalanya sesetengah insan menganggap diri mereka ini terlalu amat baik jikalau dibandingkan dengan diri orang lain.Namun sebagai ciptaan Allah,diri ini harus berada pada bumi yang nyata bahawa diri ini serba-serbi kekurangan.Semua insan juga begitu.Janganlah asyik melihat atau menghina kecacatan diri orang lain tetapi lihatlah pada diri sendiri juga kerana diri ini juga penuh dengan kecacatan yang pada dasarnya tidak wujud pada zahirnya..

Tahun 2006 sudah berakhir,apa sahaja kebaikan atau kepahitan yang berlaku biarlah ia berlalu walaupun adakalanya diri ini sendiri tiada kaitannya..Seperti bak kata pepatah,buang yang keruh,ambil yang jernih..Yang sakit kita doakan sihat.Yang kesusahan kita doakan kesenangan.Yang bermusuhan kita doakan berbaik sesama.Yang terpisah kita doakan bertemu semula.Semoga tahun 2007 dapat meninggalkan kenangan yang indah-indah belaka dan yang mengusik jiwa.Insya'allah tahun 2007 dapat mengeratkan lagi ikatan Ayangz dengan keluarga,saudara mara dan sahabat-handai.Amin