Our Lil Darlins

Tuesday, October 02, 2007

Ramadhan

Pasti ramai kini antara sudah atau sedang sibuk menyiapkan persiapan utk menyambut Syawal...Aku pun adalah buat sikit2 utk keluarga...Baju semua dah ada...baru Ahad lepas pegi Johor dgn Yayi,paman2 n bibik, dapat beli songkok dan kain songket Si Lil Cool...Rasa2nya, tiap2 tahun aku kena belikan dia songkok baru...mana taknya... songkok tahun lepas yg masih baru dia dah tak muat...Kepala dia membesar aje tiap2 tahun...

Hanya tinggal 10 hari Ramadhan sahaja...
untuk umat Islam menunaikan ibadah puasa...selepas itu kanak-kanaklah golongan yg paling beraya sakan...

Hanya ada 10 mlm terakhir Ramadhan sahaja...
di mana adanya mlm seribu bulan...mlm lailattul qada...bila agaknya dapat aku jumpa? tanda-tandanya pelbagai...dan sering berlaku di saat manusia dibuai mimpi...

Semakin usia ini meningkat, semakin diri ini tidak mahu Ramadhan pergi...

Sepanjang bulan Ramadhan ini jugalah, ikatan kekeluarga sering kali dititikberatkan...

Terima kasih Wak Ram kerana sudi menjemput kami sekeluarga iftar bersama-sama memakan nasi tomato...

Terima kasih juga Bibik kerana sudi menjemput kami sekeluarga iftar bersama-sama memakan cili crab...

Dan akhir sekali, terima kasih Wawan dan Tok Wan kerana menjemput kami sekeluarga iftar bersama-sama memakan nasi ambeng...

Kalau dipanjangkan usia insya'allah Ramadhan tahun hadapan kita akan berjumpa lagi...